Monday 6 February 2012

Do'a Minum Air Zam-Zam










أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا,
ALLOHUMMA INNII AS'ALUKA ILMAN NAAFI'AN,
Ya Alloh Aku memohon padamu ilmu yang manfaat,

وَرِزْقًا وَاسِعًا,
WARIZQON WAASI'AN,
rizqi yang luas,

وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ.
WASYIFA'AN MINKULLI DAA-IN.
obat dari segala penyakit.
(رواه الحاكم)
(HR. Al-_Haakim)


اللهم إني أشربه مستشفيا به فاشفني

ALLOHUMMA INNII ASYROBUHU MUSTASYFIYAN BIHI FASYFINII

Ya Alloh sesungguhnya saya minum air zam-zam dengan harapan mendapatkan kesembuhan, maka berilakan kesembuhan kepadaku

Wednesday 25 January 2012

KHASIAT AIR ZAMZAM UBAT & PENAWAR KEPADA PELBAGAI PENYAKIT

Ibnu Abbas berkata, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
"Air terbaik di muka bumi adalah air zamzam, ianya mengandungi makanan yang mengenyangkan, serta ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit."

Diriwayatkan dari Abu Zar Al-Ghifari, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
"Zamzam adalah makanan yang mengenyangkan dan ubat bagi segala penyakit."  Dalam kisah Abu Zar disebutkan bahawa Nabi (s.a.w.) menyatakan:" Air zamzam adalah air yang penuh keberkatan serta makanan yang mengenyangkan.  Ibnu Hajar menambahkan : "At-Tayalisi menambahkan lafaz hadis tersebut menerusi jalur yang dikeluarkan oleh Imam Muslim: "Dan air zamzam adalah ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.  Perkataan Nabi (s.a.w.) tersebut (bahawa air zamzam adalah ubat) mengandungi pengertian umum iaitu meliputi segala penyakit.

Rasulullah (s.a.w.) pernah menggunakan air zamzam untuk mengubati orang sakit, dengan cara memercikkan dan meminumkannya kepada si pesakit.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (r.a.) bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
"Air zamzam bergantung untuk apa ia diminum, jika engkau meminumnya untuk minta penyembuhan, nescaya, Allah akan memberikan penyembuhan kepadamu.

Yahya bin Ubbad bin Abdullah bin Az -Zubair meriwayatkan dari ayahnya, bahawa : " Suatu ketika kami menunaikan haji bersama dengan Muawiyah (r.a.). Ketika itu Muawiyah melakukan tawaf di masjid dan kemudian solat berhampiran Makam Ibrahim. Sewaktu hendak berangkat ke Safa ia melintasi peigi zamzam. "Wahai pelayan, ambilkan aku satu timba air zamzam," katanya. Ia segera meminumnya setelah menerima air zamzarn, kemudian memercikkannya ke muka dan juga ke kepalanya.  "Zamzam adalah penyembuh dan air ini bergantung untuk apa ia diminum," katanya.

Abdullah bin Abbas selalu meminum air zamzam untuk memohon penyembuhan dari pelbagai penyakit kerana ia mengetahui khasiat yang terkandung dalam air zam-zam.  Ia juga mengetahui bahawa air zamzam dapat meluluskan niat peminumnya. Setiap kali minum air zamzam, beliau sering berdoa : "Ya Allah aku mohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penyembuhan dari segala penvakit".

Wahab bin Munabbih, seorang tabi'in yang dianggap thiqah (dipercayai), berkata : "Demi Zat yang jiwa Wahab berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang meminum air zamzam sehingga merasa puas dan ketagih untuk menikmatinya lagi, melainkan penyakitnya akan dihilangkan dan diberi penyembuhan baginya